Wednesday, March 17, 2010

Sukan Tahunan Sekolah 2009



Sambutan hari guru 2009











Pemberian kek oleh wakil pelajar tahun 6 iaitu Colman dan Christy sempena sambutan Hari Guru











Sesi Pemotongan kek oleh semua guru SK Apar

Tuesday, March 16, 2010

PENGENALAN


SEKOLAH KEBANGSAAN APAR
PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Apar, Bau yang dahulunya dikenali dengan nama ST. Henry School, Kampung Apar, Bau telah diasaskan oleh Jawatankuasa Kampung ketika itu bersama Lembaga Misyen Bau (Roman Katolik) pada tahun 1960 dengan penduduk kampong menyediakan bangunan dan Lembaga Misyen Menyediakan tenaga Pengajar.Pada 01 Januari 1977, St. Henry’s School, Kampung Apar telah dengan rasminya ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Apar. Sekolah pada ketika itu telah mempunyai 2 blok bangunan yang menempatkan 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru; satu blok didirikan dengan pembiayaan Lembaga Misyen Bau dan satu blok lagi didirikan dengan peruntukan yang telah disalurkan oleh Ahli Parlimen ketika itu, iaitu En Patrick Anek ak Uren.

SEJARAH SEKOLAH


Pengenalan dan Latar Belakang
SekolahSekolah Kebangsaan Apar, Bau yang dahulunya dikenali dengan nama ST. Henry School, Kampung Apar, Bau telah diasaskan oleh Jawatankuasa Kampung ketika itu bersama Lembaga Misyen Bau (Roman Katolik) pada tahun 1960 dengan penduduk kampong menyediakan bangunan dan Lembaga Misyen Menyediakan tenaga Pengajar.Kelas secara formal telah bermula dengan rasminya pada 01 Mac 1960 dengan bilangan pelajar seramai 51 orang yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun.Bangunan sekolah yang pada mulanya di perbuat daripada bahan-bahan tempatan (Kayu, dinding buluh dan atap rumbia) telah didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatanatas tanah kepunyaan seorang pemduduk kampong yang bernama En. Pait anak Rajek.Perjanjian untuk menggunakan tanah En Pait sebagai tapak untuk bangunan sekolah telah dibuat secara lisan antara dia; Jawatankuasa Kampung dan Lembaga Misyen Bau dengan syarat bahawa tapak itu hendaklah dikembalikan kepadanya sekiranya ia tidak diperlukan sebagai tapak sekolah lagi dan ini telah menimbulkan banyak masalah bila pengurusan sekolah diambil sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 01 Januati 1977Pada 01 Januari 1977, St. Henry’s School, Kampung Apar telah dengan rasminya ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Apar. Sekolah pada ketika itu telah mempunyai 2 blok bangunan yang menempatkan 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru; satu blok didirikan dengan pembiayaan Lembaga Misyen Bau dan satu blok lagi didirikan dengan peruntukan yang telah disalurkan oleh Ahli Parlimen ketika itu, iaitu En Patrick Anek ak Uren.Semenjak itu,tiada lagi perubahan atau pembangunan fizikal dapat dibuat kerana tuan punya tanah itu, iaitu En Pait anak Rajek tidak membenarkan pengurusan sekolah membina sebarang bagunan tambahan lagi. Tapak sekolah yang dibenarkan adalah Cuma tapak di mana dua blok bangunan tersebut dibina sahaja.Pada tahun 1988, guru besar yang baru menyedari bahawa sebarang pembangunan sekolah tidak mungkin akan dapat dijalankan selagi tuan punya tanah itu masih menuntut hak milik ke atas tapak sekolah. Setelah mengenalpasti tapak baru sekolah dan pada masa yang sama, atas nasihat daripada Jabatan Pendidikan, telah cuba memujuk tuanpunya tanah itu agar dapat menyerahkan hak milik tanah kepada pihak sekolah. Daripada respon En. Pait, didapati bahawa beliau sebenarnya mahu menyerahkan tanahnya untuk dijadikan tapak sekolahtetapi dengan adanya pampas an diberikan oleh kerajaan. Beliau bukan sahaja rela menyerahkan kawasan dimana bangunan sekolah sedang berada, bahkan seluas mana kawasan yang diperlukan oleh sekolah asalkan beliau diberi pampasan.Surat mengenai status hak milik tanah sekolah telah diajukan kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dengan salinan kepada Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga kepada Ketua Setiausaha, Bahagian pembangunan dan Bekalan pada 27 April 1994.Surat balasan daripada Bahagian Pembangunan dan Bekalan, KPM, bilangan KP. 1580/P/527 bertarikh 23 Mei 1994 yang menyokong pengembalian balik tanah untuk tapak sekolah telah menyakinkan tuan punya tanah itu untuk menyerahkan tanahnya untuk digunakan sebagai tapak sekolah.Pada 10 September 1994 beliau telah membuat perjanjian untuk menyerahkan seluas 2.190 hektar tanahnnya untuk digunakansebagai tapak sekolah; kawasan ini meliputi tapak rumahnya dan dua buah runah lagi kepunyaan anak-anaknya dengan syarat kerajaan membayar pampasan tanah, tanamannya dan rumah-rumah yang berada dalam kawasan yang dipersetujui untuk diserahkan.Akhirnya pada 29 Mac 2000, pertapakan sekolah telah pun diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri dengan tuanpunya tanah dibayar pampas an sebanyak RM280,000.00.Kini Sekolah Kebangsaan Apar, Bau telah mempunyai tapaknya yang sah di lot 100, Blok 5, senggi-Park Land distric, dengan kawasan seluas 2.190 hektar.